TAURUS.
CINTA : Jika dahulu kamu cuba menjauhkan diri daripadanya, kini si dia pula yang cuba menjauhkan dirinya dari pandangan mata kamu. mungkin dahulu kamu cuba bersikap jual mahal, ternyata si dia tidak gemarkan keadaan begitu. biarkanlah dia pergi, kerana mungkin ada yang lain jauh lebih baik dari si dia.
KARIER : Naik pangkat. pekerja mana yang tidak rasa gembira apabila dinaikkan pangkat? apa yang pasti, usaha serta komitmen kamu selama ini dalam menjalankan setiap tugasan serta tanggungjawab bakal dilihat oleh pihak-pihak tertentu.
KEWANGAN : Buat masa ini, pengaliran wang masuk kamu ada kalanya baik dan ada kalanya kurang stabil. jadi, perancangan itu penting bagi menjamin ekonomi yang lebih stabil.
SOURCE - MAJALAH REMAJA 1 APRIL 2011.
Oke, maka itulah nasib si taurus pada bulan ini. aku memang tak percaya pada mende-mende horoskop ni. ntah macam mana dowang kaji lol. aku just baca dan angguk-angguk je. yelah, kalau ,mende nak jadi, jadi jugak. watpe nak kalut hal macam ni.
NotaKaki : tang cinta tu, aku suka amik jalan mudah. bagi aku, kalau dah ada jodoh, bersama jugak last-last nanti. InsyaAllah. :)
bye.
Dear Heart,
Zatil.